Jika sudah telanjur jangan lakukan dosa kali kedua. Berikanlah peluang sikecil yang tidak berdosa ini lahir kedunia dan menikmati erti kehidupan kerana tidak semestikan anak yang dilahirkan dari ketelanjuran ini memberi kesusahan. Jika kita tidak memerlukan mereka selepas dilahirkan berikanlah atau hantarlah kepada tempat-tempat yang berkenaan dan bukanlah dibiarkan, ditinggalkan dan disiksa insan yang tidak berdosa ini. Mereka juga mempunyai hak untuk merasai nikmat dan erti kehidupan didunia ini. Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Kalau tak mampu hendak menjaga anak yang baru dilahirkan serahkan kepada Jabatan Masyarakat.
“Dan apabila anak-anak yang ditanam hidup-hidup menyoal ‘Kerana dosa apa dia dibunuh’ ” (Surah At-Takwir : 8 – 9).
Bagi insan yang bergelar anak pula hayati dan renungkanlah pengorbanan ibubapa didalam membesarkan kita. Sila baca kisah ibu dan anak klik disini
No comments:
Post a Comment