Hari ini saya ingin berkongsi salah satu rumusan yang saya ambil dari ceramah motivasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah 'Kenapa Lelaki Dan Perempuan Benci ( 7C 8G) yang saya rasa sesuai untuk dikongsi.
7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci
kepada
Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan
ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh,
kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.
Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita
perlu mengawal percakapannya.
Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang
terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah
kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka
tidak dipercayai.
Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama
apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga
tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat
mereka benci kerana situasi itu.
Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh
jika mulutnya celupar.
Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga
seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan
lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.
Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka
tidak suka
dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas
tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan
kata-kata seperti, saya cabar awak........
8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita:
Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap
kasar, suka marah-marah tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia
betul semua, atau seumpamanya.
Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan
bukan lawannya.
Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan
diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.
Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan
aje, dan sebagainya.
Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan
sebagainya.
Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.
Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan
seumpamanya.
Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.
No comments:
Post a Comment